HARIMAU DI HATIKU
BAHAGIAN 1:FINAL PIALA AFF SUZUKI 2010
Bermula pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010,"Cantik gelecekkan yang dilakukan oleh Nurshahrul!!!dan dihantar oleh nya kearah Safee Sali yang menunggu di depan gawang gol pasukan Indonesia,bagai mana kali ni cantik GOL!!!" Pengulasan oleh Datuk Hasbullah Awang .Dengan jaringan pertama pasukan Malaysia stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan hendak runtuh dengan sorakan oleh penyokong Harimau Malaya."Cubaan Nurshahrul,terkena belakang Ahmad Bustomi,melantul di hadapan Ashaari Shamsuddin larian pantas yang dilakukan oleh Ashaari tendang yang padu..GOL!!!!.Jaringan kedua oleh pasukan Malaysia."Kata Pengulas terkenal Malaysia itu."Safiq memberi kepada Mahali Jasuli,Mahali 'cross ke dalam kotak penalti dan Safee Sali melompat dengan tinggi dan membuat tandukan 'open' disana dan GOL!!!!yg ke tiga oleh pasukan Malaysia.Kedudukan kini menjadi Malaysia 3-0 Indonesia".Sekali lagi ulasan dilakukan oleh Datuk Hasbullah Awang."PRITTTTTT!!!!!!!!!!!"tiupan wisel itu menanda kan perlawanan ini sudah tamat dengan Malaysia membekalkan 3 gol di Stadium Gelora Bung Karno nanti.
Tiba-tiba seorang penyokong Indonesia berang dengan perlawanan tadi,membaling botol ke arah trek,namun balingannya itu tersasar dan terkena kepala seorang budak lelaki yang ingin pulang bersama bapanya.Budak lelaki itu bernama Abdul Iman Bin Abdullah,yang berumur 13 tahun."Aduh!!,sapa yang main campak-campak botol ni"kata Iman yang memegang kepalanya sambil memandang siapa yang membaling botol itu."Kenapa Iman?"kata Encik Abdullah kepada anaknya Iman."Ada orang yang membaling botol ke arah Iman"balas Iman sambil membetulkan baju nya."Tak apa sikit sahaja tu,jom cepat sikit nanti sesak pulak jalan".Balas Encik Abdullah sambil melihat jam ditangannya.Sampai sahaja di rumah,mereka berdua anak beranak masih lagi bercerita tentang perlawanan yang berlansung tadi.Sebaik sahaja membuka pintu rumah,tiba-tiba terdengar suara"Tak habis-habis lagi,dari luar lagi saya asyik terdengar kamu anak beranak berceritakan tentang bola,tak puas-puas ke di stadium tadi"perli Pn Hanisa kepada Iman dan juga suaminya En.Abdullah."Hehehe..."ketawa kecil oleh EN.Abdullah kepada isterinya."Iman bila nak tidur,esok lambat pula nak bangun solat subuh."Kata PN Hanisa kepada Iman yang dari tadi termenung.Iman bersalaman dengan ibu dan bapanya,terus masuk ke bilik nya.Iman menolak pintu biliknya yang tidak ditutup dengan rapat.Buka sahaja pintu maka terpampanglah poster Akmal Rizal dan Safiq Rahim.Dihadapan katilnya terdapat rak alamari yg menyimpan jersey pasukan bola sepak Iman.Iman yang mata agak layu terus merebahkan badannya di atas katil yang dilapit oleh tilam yang bersarung kuning.
Keesokkan harinya,EN.Abdullah mengejutkan Iman dari tidur untuk menyolat subuh bersama,"Iman bangun Iman,bangun solat subuh"kejut EN.Abdullah."Okey,nanti Iman bangun"balas Iman dengan perlahan.Iman bangun dengan perlahan dan mengambil tualanya untuk mandi bagi meneyegarkan badannya.Selesai sahaja mandi dan solat subuh Iman,tepat pukul 8 pagi,Iman bersiap untuk ke padang untuk berlatih bersama pasukan bolasepak tamannyayang bernama TSFC iaitu Taman Sakti FC."Oi Iman,awal kau sampai hari ini"tegur kawan Iman yang bernama Fauzi,yang bermain posisi yang sama dengan Iman iaitu seorang penyerang.Mereka berdua adalah tonggak penting dalam skuad mereka."Saja je datang awal,aku nak berlatih gelecek dan rembatan".Balas Iman sambil mengikat tali kasut boot nya.Mereka berdua menceritakan peristiwa semalam apabila Malaysia mengalahkan Indonesia pada final pertama semalam."Iman kau rasa Malaysia boleh juara tak dalam AFF Suzuki Cup ni?walaupun Malaysia ada bekalan 3 gol di Bung Karno nanti,biasalah dalam bolasepak macam-macam boleh berlaku betul tak".tanaya Fauzi kepada Iman yang tertarik mendengar pertanyaan Fauzi."Aku rasa Malaysia boleh juara coach Rajagobal kan ada banyak strategi,mesti boleh juara punya,mungkin sejarah akan berlaku,Malaysia akan juara buat kali pertama,Malaysia kan hebat"balas Iman dengan yakin.Tiba-tiba datang tiga orang lagi rakan Iman Raju,Ching dan Daniel.Raju dan Ching bermain posisi pertahan tengah,mereka berdua adalah pertahan paling serasi sekali dalam pasukan mereka.Daniel pula,yang mempuyai tubuh badan yang agak tinggi dan sederhana sebagai penjaga gol.Dia adalah penjaga gol terbaik Taman Sakti.
Apabila semua pemain Taman Sakti cukup mereka semua memanas kan badan mereka untuk melakukan 'training'yang seterusnya.Selasai sahaja memanaskan badan,datang lah lelaki yang lengkap dengan wisel dan barang-barangnya."Selamat pagi semua,sihat,ada yang tidak hadir latihan pada hari ini."soal jurulatih mereka yang bernama EN.Bakar."Esok kita ada perlawan liga,jadi kita kene tunjukkan permainan baik dan memenangi perlawanan tersebut.Kita tahu kita adalah pasukan yang hebat dalam liga tapi ada juga pasukan yang mampu menumbangkan kita,jadi kita jangan pandang rendah pada lawan kita"jelas EN.Bakar kepada pemainnya.Mereka semua melakukan latihan seperti biasa yang mereka lakukan.Apabila selesai latihan mereka,mereka semua bersiap dan berkemas untuk pulang.Pada malam itu selesai solat Isyak,Iman dan rakan-rakannya Raju,Ching,Fauzi dan Daniel,pergi ke warung Pak Tam yang terletak di tepi padang latihan mereka."Korang semua nak minum apa?"soal Daniel kepada rakan-rakannya."Kopi susu lah"Jawab Iman."Aku pula Nescafe 'o' "balas Ching."Kau pula Fauzi,Raju" soal Daniel."Bagi aku Milo lah"Jawab fauzi."Samalah dengan aku bagi Milo juga"balas Raju."Malam ni kalau Malaysia menang aku berlanja korang semua amacam"soal Daniel dengan semangat kepada mereka.
"Malaysia diasak bertalu-bertalu oleh pasukan Indonesia bola terken tangan Sabre Abu didalam kotak penalty,pengadil menegesahkan itu adalah tendangan penalty,Bambang Pamungkas mengambil tendangan tersebut,Bambang mengambil jarak tiupan wisel telah dibunyikan oleh pengadil dan larian pantas dilakukan oleh Bambang tendangan ke arah kiri tiang gol BERJAYA DISELAMTAKAN OLEH KHAIRUL FAHHHHMIIIIII selamat gawang gol Malaysia,hantaran Nur Ridzuan terkena pada Ashaari,dan Ashaari menbuat hantaran kepada Safee Sali,cantik gelecekkan Safee masuk kedalam kotak penalti peluang kini untuk pasukan Malaysia,tendang Safee Sali dari tepi gawang gol Indonesia,dan GOL!!!.Gol pertama pasukan Malaysia pada minit ke 63.Hasil hantaran Ashaari Samsuddin.Kedudukan kini menjadi 1-0 dengan aggregat Malaysia 4-0 Indonesia.Nur Ridzwan cubaan nya terkena Fadhli Shas dan GOL!!! untuk pasukan Indonesia kedudukan menjadi Malaysia 1-1 Indonesia.Tendang jarak jauh oleh Ahmad Bustomi berjaya ditepis namun bola itu ditendang semula oleh Cristian Gonzales dihadapan pintu gol Malaysia dan gol kedua pasukan Indonesia.Pasukan Malaysia bertahan dan kadang-kadang melakukan 'Counter Attack'."Ulasan yang menarik dilakukan oleh Datuk Hasbullah Awang.Iman dan rakan-rakanya tidak menoleh ke kiri tau pun kanan,tapi hanya menonton perlawan tersebut."PRIIIITTTTTTTTTT".tiupan wisel panjang itu menanda kan tamatnya perlawanan tersebut dan Malaysia digelarkan juara baru selepas menamatkan kemarau pingat emas di sukan sea Laos.Semuanya orang yang menontong perlawanan tadi menyorak kemenangan pasukan Malaysia.
No comments:
Post a Comment