Sunday, 27 May 2012

Layan Je.....

HARIMAU DIHATIKU

BAHAGIAN 2:PERLAWANAN PERSAHABATAN


        Semua pemain-pemain bola sepak Taman Sakti berkumpul untuk mendengar arahan yang akan diberi oleh EN Bakar pada perlawanan persahabatan."Baik lah,saya mahu Fauzi dan Iman berganding sebagai penyerang pasukan kita pada perlawanan petang ini,Ali,Faizal,Farhan, dan Fazli bermain sebagai midfield dan pertahanan pula Adi pertahanan kiri,pertahan kanan pula Amir dan pertahanan tengah Chin dan Raju.Seperti biasa Daniel sebagai penjaga gol" Arah EN Bakar kepada pemain-pemainnya."Akhir sekali Kapten adalah Iman,kamu mesti sentiasa memantau pemain kamu dan memberi semangat kepada rakan-rakan kamu faham!".Kata EN Bakar kepada Iman."Faham Coach".Balas Iman dengan semangat.

        Pada perlawan ini,Taman Sakti bertemu Taman Paya Hulu,pengadil memanggil pemain untuk masuk ke padang dan memanggil kapten pasukan untuk lambungan duit syiling.Selepas itu pasukan Tama Paya Hulu memulakan sepak mula.Permainan agak hambar pada 15 minit awal permainan.Permainan menjadi semakin rancak dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan.Raju membuat hantaran jauh tepat ke arah Fauzi dan Fauzi membuat hantaran cantik kepada Iman dan Iman mebuat tendangan terus di luar kotak penalti,tetapi bola tendang Iman terkena pada tiang gol kiri dan penjaga gol Taman Paya Hulu terus menangkap bola itu.5 minit permainan hampir tamat,penyerang pasukan Paya Hulu membuat tendangan,tetapi terkena pada tangan Amir didalam kotak penalti,pengadil mengesahkan tendang penalti.

          Penyerang Paya Hulu mengmbil tendangan tersebut,"Daniel!fokus pada bola dia,kau penjaga gol terbaik Taman Sakti jangan hampa kan kami!".Jerit Iman kepada Daniel.Daniel hanya mengangguk tanda faham.Mata Daniel tepat ke arah bola "PRITTT"wisel ditiup oleh pengadil larian yang agak mengelirukan oleh penyerang Paya Hulu dan tendangan yang agak sederahana ke arah penjuru bawah kanan tiang gol di selamatkan Daniel apabila Daniel merebahkan badannya dengan cemerlang dan menepis bola itu keluar.Semua penyokong yang hadir pada perlawanan itu menepuk tangan dan menepuk tangan sebagai tanda kehebatan Daniel.Semua  pemain Taman Sakti melompat ke arah Daniel yang terbaring selepas menyelamatkan tendangan tersebut.Tendangan sudut oleh pasukan Paya Hulu selepas Daniel menepis bola itu keluar dan bola itu melantul menyebabkan tendangan sudut.Kapten pasukan Paya Hulu mengambil tendang sudut itu dan menghantar kedalam kotak penalti,tetapi dengan kebijaksanaan Daniel,terus menangkap bola yang melambung di atas kepalanya.Daniel menendang bola itu melambung ke atas dan mengadil meniup wisel untuk menamatkan separuh masa pertama tamat.Kedudukan masih lagi 0-0.

           Semua pemain pergi ke bangku simpanan untuk merehatkan diri dan meminum air.Selepas itu,semua pemain duduk dihadapan EN Bakar untuk menerima arahannya."Permainan kamu seperti tidak semangat pada separuh masa pertama ini,saya mahu kamu berikan yang terbaik,jangan hampakan penyokong yang hadir pada hari ini,saya mahu kamu memberi tepukan kepada Daniel yang cemerlang menyelamatkan tendangan penalti tadi"Kata EN Bakar.Semua pemain memberi tepukan kepada Daniel."Kalau tidak disebabkan Daniel kita munggkin akan ketinggalan 0-1 kepada pasukan Paya Hulu.Kata akhir dari saya,saya mahu kamu bermain dengan bersungguh-sungguh.Kali ni saya mahu Amir keluar,tengok muka dia pun dah tahu penat,Amarul ganti tempat Amir"Jelas EN Bakar sambil tersenyum melihat gelagat Amir yang keletihan.

              Kedua-dua pasukan bersiap sedia untuk separuh masa yang kedua,pengadil meniupkan wisel untuk memberi arahan bahawa separuh masa kedua akan bermula.Pada separuh masa kedua bermula,pasukan Taman Sakti memulakan sepak mula,Iman menolak bola itu kepada Fauzi dan Fauzi menhantar ke arah Ali yang besedia untuk mebuat hanataran kepada Iman yang terus belari ke atas,Ali terus menghantar bola itu kepada Iman dan Iman menanduk ke arah Fauzi yang menunggu bola hantarn Iman.Fauzi mengelecek bola tersebut hampir memasuku kotak penalti,Fauki di kasari oleh pemain Paya Hulu,pengadil meniup wisel dan memberikan kad kuning kepada pemain Paya Hulu itu,pemain Paya Hulu itu dimarahi oleh Kapten pasukannya sendiri kerana memberi tendang percuma pada kedudukan yang  agak merbahaya.Farhan mengambil tendangan percuma itu,Farhan mengambil langkah,jarak dari arah tiang gol itu dalam 25 meter.Pengadil meniup wisel,dengan segera Farhan berlari dan terus menendang bola itu,bola itu melambung dan terus ke penjuru tiang gol,dan gol pertama oleh pasukan Tamam Sakti.Semua pemain melompat kegembiraan dan memeluk Farhan yang berlari menyorak kegembiraan.

                 Kesemua pemain Taman Sakti bagaikan mendapat suntikan semangat apabila mengandakan kedudukan menjadi 2-0 hasil hantaran Fazli kepada Iman yang merembatkencang dihadapan gawang gol Paya Hulu.Kini giliran Fauzi pula menunjukkan bahawa di juga handal dengan menambah derita pasukan Paya Hulu yang semkin terumbang ambing.Permainan tamat dengan kemengan berpihak kepada Taman Sakti dengan kemenangan bergaya 3-0."Saya berpuas hati dengan pemainan kamu pada hari ini,tahniah kepada kamu semua".Kata EN Bakar kepada anak-anak buahnya.

No comments:

Post a Comment