HARIMAU DI HATIKU
BAHAGIAN 3:KRISIS
Selepas kemenangan pada perlawanan persahabatan,ada pasukan lain yang tidak puas hati dengan kemenangan pasukan Taman Sakti.Roy,ketua pasukan Chelister,Chelister berasal dari kelab di England yang menyertai Liga Kawasan Perak.Chelister adalah musuh utama Taman Sakti,kerana Taman Sakti selalu menyingkir kan pasukan mereka didalam apa pertandingan.Piala Daerah dan Juara Liga Kawasan Perak.Disebabkan itulah Roy tidak suka dengan pasukan Taman Sakti.Roy cuba untuk memecah belahkan persahabtan antara mereka,tambah-tambah lagi Iman,ketua pasukan Taman Sakti.
Pada petang ahad itu,Amir baru sahaja beli kasut bola baru yang agak mahal harganya.Amir menggunakan kasut itu pada latihan petang itu."Amir kau nak guna ke kasut baru kau tu"Kata Faizul kepada Amir yang dari tadi mengkelebek kasut barunya.Apabila masuk waktu asar,sesi latihan pertama akan tamat dan akan disambungkan selepas solat asar.Kesemua pemain bersiap untuk solat asar beramai-ramai kepada yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam akan berehat dibawah pondok di sebelah surau yang mereka solat.Selepas semua permain membuka kasut untuk dikeringkan dibawah cahaya matahari,semua pemain bergerak ke surau untuk menunaikan solat asar.Iman pergi kesurau sedikit lewat kerana dia mencari begnya yang hilang.Apabila dia mencari tidak jumpa,dia teringat yang die meletakkan begnya disebelah beg Amir.Dia pun segera ke sana.
Apabila dia jumpa begnya dia pun mengambil air yang berada di dalam begnya dan minum air itu dengan perlahan.Kebetulan pula kasut baru Amir itu berada disitu,Iman pun memegang kasut Amir dan dikelebeknya selepas itu dia letakkan semula di tempatnya.Iman pun terus pergi ke surau.Roy memeng bernasib baik pada masa itu keran dia dari mula tadi dia sudah berda di tempat itu cuma tidak diperasan oleh pemain Taman Sakti,di pun mendapat idea untuk menyorokkan kasut Amir itu,dia pergi ke tempat Amir meletakkan kasutnya dan mengambil kasut Amir dan diletakkan di dalam beg Iman,"Hahaha habis lah kau Iman,kau akan dipandang hina oleh pasukan kau"Kata Roy dengan keseronokkan.Selepas itu dia terus beredar dengan ketawa berdekah-dekah sambil berjalan.
Selepas selesai menunaikan solat asar,mereka semua kembali ke padang untuk bersiap untuk sesi latihan yang terakhir.Tiba-tiba"Kemana pergi kasut aku,ni mesti ada yang curi,siapa yang masuk lewat tadi".Soal Amir yang kemarahan."Iman la yang masuk lambat tadi,tapi aku tak rasa dia yang mengambilnya,dia tak mungkin berbuat demikian"Jelas Daniel."Apakata kita cari didalam beg pemain kita?".Soal Faizul ke pada semua kawan-kawannya.Mereka semua setuju dengan cadang Faizul.Selepas semua beg sudah dicari namun tidak jumpa juga,dan hanya tinggal beg Iman dan Raju."Tak sangka kau Iman,sanggup kau ambil kasut aku ini,kau ni kawan jenis apa,huh!".Marah Amir dan terus melepaskan tumbukan di muka Iman yang terkejut dengan kasut Amir secara tiba-tiba berada didalam begnya.
Iman terjatuh selepas ditumbuk oleh Amir,Amir terus meluru ke Iman dan dipijaknya,semua pemain menghalang Amir daripada memukul Iman yang dari tadi tidak membalas sebarang pun.Amir yang kecewa dengan sikap Iman itu terus pulang ke rumah tanpa berkata sepatah pun.Semua pemain pulang kerana kecewa dengan sikap Iman,hanya Daniel,Chin,Raju dan Faizul sahaja yang tidak percaya bahawa Iman yang mengambilnya."Aku memang tak percaya bahawa Iman tidak mengambil kerana aku sendiri nampak Iman tidak mengambilnya,Iman cuba pegang dan diletaknya semula dan aku tahu siapa yang berbuat sedemikian".Kata Raju kepada mereka."Siapa yang berbuat begitu,biar aku belasah dia"Kata Faizul."Jangan begitu kata Iman,kalau dia sama pasukan dengan kita,tak kan kau mahu pukul?"Kata Iman yang cuba memikirkan siapa yang melakukan perkara begitu.
"Roy".Kata Raju dengan pantas."Kau biar betul".Kata Chin yang terkejut,aku tak nampak dia langsung dari tadi"Jelas Ching kepada Raju."Aku nampak sendiri dengan mata aku ni,dia yang mengambil dan diletakkannya didalam beg Iman.Mereka semua terus ke rumah Amir selepas solat maghrib."Amir,Assalamualaikum,A..MIR...."Faizul memeberi salam kepada Amir.Pintu dibuka"Huh apa yang kau datang kerumah aku ni?huh pencuri kasut pun ada ke!".Perli Amir kepada Iman yang senyap sahaja dari tadi."Amir,Iman tak mencuri kasut kau,tapi Roy yang melakukan untuk memecah_belahkan pasukan kita"Jelas Raju kepada Amir."Korang semua mahu menolong Iman bukan,korang berambuslah dari rumah aku,mulla dari hari ini aku tidak akan bermain lagi untuk pasuka Taman Sakti dan kau Iman,kau bukan kawan aku dan bukan lagi KAPTEN PASUKAN aku lagi.Kau belah sekarang sebelum aku bedal kau dengan batang besi di sebelah aku ni"Marah Amir kepada mereka semua.Faizul terus menendang dada Amir dan berkat"Kalau kau tak percaya sudah".Kata Faizul yang berang dengan kata-kata Amir.Mereka semua beredar dari rumah Amir.
No comments:
Post a Comment